Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
...
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Tanpa kita sedari, Al-Quran bukan saja menjadi panduan dan petunjuk untuk kita umat islam, tapi Al-Quran juga akan menjadi pembela kepada sesiapa saja yang sentiasa membacanya di akhirat kelak. Subhanaallah, terlalu banyak cara yang ALLAH S.W.T telah berikan kepada kita supaya kita dapat memperbanyakkan lagi amal soleh kepada-Nya. Oleh itu, janganlah kita hanya menjadikan Al-Quran itu sebagai hiasan di rumah sahaja, tetapi bacalah dan amalkanlah menbacanya kerana nescaya ianya akan menjadi pembela buat kita di akhirat kelak.

No comments:
Post a Comment